Assalamualaikum WBT,
Salam buat semua. Bagi entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang Sejarah Kampung Jenud.
Nama Jenud itu sendiri berasal dari perkataan 'jenut', iaitu 'salt-lick' atau dalam bahasa Malaysianya adalah menggarami. Ini bertepatan dengan cerita orang tua lama iaitu ada beberapa kawasan dalam Kampung Jenud ini yang ada jenut di mana ketika itu, banyak haiwan-haiwan liar datang untuk menjilat garam. Dipercayai garam semulajadi ini mempunyai nutrien-nutrien yang baik untuk haiwan.
Kampung Jenud telah ditubuhkan dalam tahun pembangunan 01.01.1976. Ia meliputi 7 buah kampung kecil iaitu Kampung Ulu Arang, Kampung Kuala Arang, Kampung Susok, Kampung Mior, Kampung Batas Parit, Kampung Jenud Lama, dan Kampung Sungai Ara.
Sebelum Kampung Jenud ini ditubuhkan, kawasan ini dikenali sebagai Kampung Ulu Atok B dan ia dipimpin oleh Allahyarham Abdul Latif bin Sumi. Jumlah penduduk kampung ketika itu adalah seramai 259 dan pada tahun yang sama, sejumlah besar penduduk telah berpindah ke Tanah Rancangan FELDA yang dibuka dan dibangunkan oleh FELDA.
Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung sekarang adalah Tn. Hj. Razlan bin Rahmat. Beliau telah menerajui Kampung Jenud selama lebih kurang 30 tahun. Tn. Hj. Razlan bin Rahmat adalah satu-satunya Ketua Kampung yang paling lama berkhidmat untuk Kampung Jenud khususnya.
Sekian sahaja Sejarah Kampung Jenud. InsyaaAllah, kita akan berjumpa lagi di lain masa dengan info yang lebih menarik.
Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum WBT
Comments