Salam Perkenalan dari Kampung Jenud Tercinta (KJT)

Assalamualaikum WBT,


Salam perkenalan saya ucapkan kepada semua yang membaca. Mungkin baru membaca blog ini. Blog Kampung Jenud Tercinta ini dibuat adalah untuk memenuhi permintaan pihak pentadbiran kampung yang mengingin satu blog diwujudkan bagi memudahkan perkongsian pintar teknologi masa kini.

Maka, wujudlah, Kampung Jenud Tercinta. Saya, Akmal bin Razlan, selaku Setiausaha bagi tahun 2016-2017 adalah admin utama bagi blog ini. Saya akan cuba berkongsi pelbagai jenis berita dan aktiviti-aktiviti Kampung Jenud bagi tatapan anak muda generasi akan datang, serta, ia juga adalah untuk menyebarluaskan Kampung Jenud itu sendiri.

Alhamdulillah, di dalam tulisan yang akan datang, saya akan cuba menulis dengan lebih banyak tentang Kampung Jenud.

Doakanlah yea.

Assalamualaikum WBT.

Comments