LAPORAN
AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017
TARIKH : 21 MEI 2017
JAM : 9.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : SEKITAR
KAMPUNG JENUD
Aktiviti
Gotong-royong Perdana Sempena Bulan Ramadhan 2017, adalah program anjuran JKKK
Kampung Jenud dibawah semua Biro. Ini kerana aktiviti ini adalah aktiviti
tahunan sebelum bulan Ramadhan. Ia memang diadakan setiap tahun.
Aktiviti
adalah termasuk meracun kawasan kubur, jalan-jalan kecil di dalam Kampung
Jenud. Ada kumpulan yang membersihkan kawasan Surau Kampung Jenud seperti
memvacuum karpet, membersihkan kawasan tandas dan tempat mengambil wudhu’ serta
menyapu di dalam kawasan surau yang lain. Ada juga kumpulan yang meracun di
kawasan kedai PLB Kampung Jenud.
Boleh
dikatakan hampir separuh penduduk Kampung Jenud yang tidak mempunyai perkara lain
yang hendak dilakukan, hadir untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab kepada
Kampung Jenud. Aktiviti ini juga adalah hasil kerjasama erat daripada Persatuan
Belia Kampung Jenud, PEMUDA UMNO Kampung Jenud, Komuniti 1Malaysia, Majlis
Belia Daerah Raub, KRT Kampung Jenud serta JKKK Kampung Jenud.
Sekalung tahniah diucapkan kepada
pihak penganjur dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
PENGERUSI KAMPUNG JENUD
TN. HJ. RAZLAN BIN RAHMAT
Comments