LAPORAN HARI
SUKAN NEGARA
Kepada : SEKRETARIAT HARI SUKAN NEGARA
Bahagian
Pembangunan Sukan,
Jabatan
Belia Dan Sukan Negara,
Aras
13, Menara Kbs, No 27,
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570
PUTRAJAYA
Tarikh : 10 Oktober 2016
Daripada : Akmal bin Razlan
Setiausaha
JKKK Kampung Jenud
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT
KAMPUNG JENUD 2016
Pada
08 Oktober 2016, JKKK Kampung Jenud dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung
Jenud telah mengadakan Hari Sukan Negara Peringkat Kampung Jenud 2016. Hari
Sukan Negara ini diadakan adalah untuk menunjukkan kerjasama dan sokongan yang
tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Kerajaan serta Menteri Belia dan Sukan,
Yang Berhormat, Khairy Jamaluddin.
Hari Sukan Negara peringkat Kampung Jenud 2016 telah disertai oleh
penduduk Kampung Jenud iaitu seramai 125 orang, yang terdiri daripada 53 orang
lelaki dan 72 orang wanita. Hari Sukan ini telah diadakan di Pekan Sehari Lama
Kampung Jenud.
Program telah dimulakan dengan aktiviti pertama iaitu, Senamrobik.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang luarbiasa daripada penduduk dan ada
cadangan untuk diteruskan pada masa yang akan datang. Seterusnya, acara
diteruskan dengan aktiviti rebut kerusi lelaki dan wanita, bola beracun lelaki,
wanita, dan kanak-kanak, rebut gula-gula dan aktiviti penyampaian hadiah.
Disebabkan masa amat tidak mengizinkan, acara rebut kerusi kanak-kanak, timbang
tepung serta sepak bola tutup mata tidak dapat dilangsungkan.
Hari Sukan Negara peringkat Kampung Jenud 2016 ini telah berjaya menerapkan
budaya sukan serta memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Jenud.
Kerjasama yang dipamerkan oleh penduduk Kampung Jenud amatlah dinanti-nantikan
dan ia jelas menunjukkan program seperti Hari Sukan Negara mampu menyatupadukan
rakyat.
BIRO PEMBANGUNAN BELIA, SUKAN, DAN REKREASI
JKKK KAMPUNG JENUD
AZHAR BIN ABDUL AZIZ
Comments